Sunday, March 14, 2010

SEJARAH SK PAYA PASIR

Sekolah ini telah dibangunkan oleh kerajaan pada tahun 1957 yang mempunyai dua bilik darjah yang boleh menampung seramai 90 orang. Pada 1 hb Julai 1957, sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang.

Sekolah ini dibina atas permintaan orang-orang kampung yang mengalami kesukaran menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Pesagi yang tidak berapa jauh tetapi terpaksa menyeberangi sungai setiap hari.

Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini mulai 1 hb Julai 1957 ialah Tuan Hj Muhamad b. Hj Salleh dengan tiada penolong kanannya. Pada mula sekolah ini dibuka, bilangan murid hanya 45 orang dalam darjah 1. Dari jumlah itu 20 orang daripadanya adalah melebihi had umur.
Bangunan sekolah ini adalah diperbuat daripada kayu dan bertiangkan simen. Akibat bertambahnya bilangan murid kepada 160 orang, maka pihak berkenaan telah menambah lagi bilik darjah sebanyak dua buah dan sebuah pejabat guru besar dengan mendindingkan bahagian bawah sekolah.

Sekarang, bangunan ini telah diubahsuai menjadi bangunan Pusat Sumber Sekolah. Setakat ini Sekolah Kebangsaan Paya Pasir telah Berjaya mengeluarkan ramai bijak pandai yang antara lain sekarang masih menuntut di universiti di dalam dan luar negeri.

No comments:

Post a Comment