Sunday, March 14, 2010

RENUNGAN BERSAMA...

1.Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.


2.Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.


3.Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab


4.Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.


5.Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.


6.Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.


7.Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.


8.Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.


9.Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus


10.Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

SEJARAH SK PAYA PASIR

Sekolah ini telah dibangunkan oleh kerajaan pada tahun 1957 yang mempunyai dua bilik darjah yang boleh menampung seramai 90 orang. Pada 1 hb Julai 1957, sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang.

Sekolah ini dibina atas permintaan orang-orang kampung yang mengalami kesukaran menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Pesagi yang tidak berapa jauh tetapi terpaksa menyeberangi sungai setiap hari.

Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini mulai 1 hb Julai 1957 ialah Tuan Hj Muhamad b. Hj Salleh dengan tiada penolong kanannya. Pada mula sekolah ini dibuka, bilangan murid hanya 45 orang dalam darjah 1. Dari jumlah itu 20 orang daripadanya adalah melebihi had umur.
Bangunan sekolah ini adalah diperbuat daripada kayu dan bertiangkan simen. Akibat bertambahnya bilangan murid kepada 160 orang, maka pihak berkenaan telah menambah lagi bilik darjah sebanyak dua buah dan sebuah pejabat guru besar dengan mendindingkan bahagian bawah sekolah.

Sekarang, bangunan ini telah diubahsuai menjadi bangunan Pusat Sumber Sekolah. Setakat ini Sekolah Kebangsaan Paya Pasir telah Berjaya mengeluarkan ramai bijak pandai yang antara lain sekarang masih menuntut di universiti di dalam dan luar negeri.