Monday, May 24, 2010

SELAMAT HARI GURU.....Terima Kasih Cikgu!!!!!


Pada tanggal 17 May 2010 baru-baru ini telah diadakan satu sambutan meraikan guru-guru di SK PAYA PASIR bersempena HARI GURU yang jatuh pada 16 MAY pada setiap tahun.

Khusus buat guru-guru yang amat dikasihi. Sempena 16 Mei ini, anak didikmu ingin mengucapkan: “Selamat Hari Guru teristimewa buatmu!”.. Terima kasih cikgu!! Insya Allah, ketulusan jasa dan keluhuran budimu akan tetap dikenang selama-lamanya..Semoga dirimu bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!!
Amiin..



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


Sunday, March 14, 2010

RENUNGAN BERSAMA...

1.Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.


2.Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.


3.Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab


4.Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.


5.Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.


6.Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.


7.Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.


8.Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.


9.Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus


10.Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

SEJARAH SK PAYA PASIR

Sekolah ini telah dibangunkan oleh kerajaan pada tahun 1957 yang mempunyai dua bilik darjah yang boleh menampung seramai 90 orang. Pada 1 hb Julai 1957, sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang.

Sekolah ini dibina atas permintaan orang-orang kampung yang mengalami kesukaran menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Pesagi yang tidak berapa jauh tetapi terpaksa menyeberangi sungai setiap hari.

Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini mulai 1 hb Julai 1957 ialah Tuan Hj Muhamad b. Hj Salleh dengan tiada penolong kanannya. Pada mula sekolah ini dibuka, bilangan murid hanya 45 orang dalam darjah 1. Dari jumlah itu 20 orang daripadanya adalah melebihi had umur.
Bangunan sekolah ini adalah diperbuat daripada kayu dan bertiangkan simen. Akibat bertambahnya bilangan murid kepada 160 orang, maka pihak berkenaan telah menambah lagi bilik darjah sebanyak dua buah dan sebuah pejabat guru besar dengan mendindingkan bahagian bawah sekolah.

Sekarang, bangunan ini telah diubahsuai menjadi bangunan Pusat Sumber Sekolah. Setakat ini Sekolah Kebangsaan Paya Pasir telah Berjaya mengeluarkan ramai bijak pandai yang antara lain sekarang masih menuntut di universiti di dalam dan luar negeri.